Twitter Updates

Khamis, Julai 07, 2011

80 Hari Inda Main Blog

Assalamualaikum semua! Terlebih dahulu Rahmatrivia ingin memohon maaf pasal batah sudah inda memberi info- info yang membuatkan biskita tahu serba sedikit. Sebenarnya Rahmatrivia sedang merantau belajar di luar negara iaitu Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang untuk satu semester dibawah kelolaan ASEAN University Network (AUN). Dalam masa yang sama, Rahmatrivia pergi merantau ke Bangkok (Thailand) dan Medan (Indonesia). Maka, dengan 80 hari ketiadaan Rahmatrivia harap- harap biskita yang masih lagi ingat dengan blog ani. Insya Allah, Rahmatrivia akan memberi info sedaya upaya yang ada.

Ahad, April 17, 2011

Kasut Termahal Di Dunia


LONDON, Britain - Sepasang kasut tumit tinggi berharga £140,000 dipercayai termahal di dunia, dipamerkan di gedung kasut House of Borgezie. Kasut buatan tangan atu diperbuat daripada emas padu dan dihiasi 2,200 butir berlian dengan berat keseluruhan 30 karat. Setakat ani, masih belum ada pelanggan yang membeli kasut berkenaan yang dihasilkan oleh pereka barang kemas Britain, Christopher Michael Shellis, sejak ia dipamerkan untuk jualan lebih lima bulan lalu. "Kasut ini ibarat harta karun yang dipakai di kaki. Setakat ini, kami menerima banyak pertanyaan tetapi tiada urusniaga yang konkrit," kurapak Shellis. - Agensi

Sabtu, April 16, 2011

Kahwin Bogel


FELDKIRCHEN, Austria - Satu pasangan berkahwin dalam keadaan bogel manakala para tetamu lain memakai pakaian. Pasangan atu, Melanie Schachner, 26, dan Rene Schachner memilih untuk berbogel bagi menjadikan majlis perkahwinan bisdurang sebagai sesuatu yang boleh diingati buat selama-lamanya. Melanie berkurapak: "Kami tidak malu mengenai tubuh kami dan kami mahu melakukan sesuatu yang berlainan. Ia pastinya akan menyelamatkan kos pakaian perkahwinan kami." Dalam majlis atu, seorang pendaftar perkahwinan yang memakai pakaian menyaksikan pasangan berkenaan membaca ikrar perkahwinan.- Agensi

Jumaat, April 15, 2011

Keberanian Saad Bin Abu Waqqash

Ibnu Asakir telah mengeluarkan dari Az-Zuhri dan kadia telah berkata: Pada suatu hari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam telah mengutus Sa'ad bin Abu Waqqash ra. untuk mengetuai suatu pasukan ke suatu tempat di negeri Hijaz yang dikenal dengan nama Rabigh. Bisdurang telah diserang dari belakang oleh kaum Musyrikin, maka Sa'ad bin Abu Waqqash ra. mengeluarkan panah-panahnya serta memanah bisdurang dengan panah-panah atu. Dengan atu, maka Sa'ad bin Abu Waqqash ra. menjadi orang pertama yang memanah di dalam Islam, dan peristiwa atu pula menjadi perang yang pertama terjadi di dalam Islam. (Al-Muntakhab 5:72). Ibnu Asakir mengeluarkan dari Ibnu Syihab, kadia berkata: "Pada hari pertempuran di Uhud Sa'ad bin Abu Waqqash ra. telah membunuh tiga orang Musyrikin dengan sebatang anak panah. Dipanahnya seorang, lalu diambilnya lagi panah atu, kemudian dipanahnya orang yang kedua dan seterusnya orang yang ketiga dengan panah yang sama. Ramai para sahabat merasa hairan tentang keberanian Sa'ad atu. Maka Sa'ad berkata: "Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam yang telah memberikanku keberanian itu, sehingga aku menjadi begitu berani sekali". (Al-Muntakhab 5:72). Bazzar telah mengeluarkan dari Abdullah bin Mas'ud ra. kadia berkata: "Pada hari pertempuran di Badar, Sa'ad bin Abu Waqqash ra. telah menyerang musuh dengan berkuda dan dengan berjalan kaki". (Majma'uz Zawa'id 6:82)

Khamis, April 14, 2011

Rokok Rawat Kanser



JAKARTA - Klinik Griya Balur menyediakan perkhidmatan merawat penyakit kanser dengan menggunakan asap rokok yang dihembus ke dalam telinga dan mata selain tiub ke dalam paru-paru si pesakit. Menurut pengasas klinik tersebut, Dr. Gretha Zahar yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang teknologi nano dari Universiti Padjadjaran, Bandung, kadia sudah merawat 60,000 pesakit sejak dekad lalu. Kadia percaya, dengan memanipulasi raksa dalam asap rokok, ia akan dapat mengubat semua pesakit termasuk kanser selain memperlahankan proses penuaan. "Merkuri merupakan punca semua penyakit. Dalam rokok saya, terdapat pencari bahan (raksa) yang menarik raksa dari tubuh," kurapaknya. - AFP

Rabu, April 13, 2011

Arab Saudi Mahu Bina Bangunan 1.6km



JEDDAH, Saudi Arabia - Keluarga Diraja Arab Saudi mendedahkan pelan membina bangunan paling tinggi di dunia, Kingdom Tower dengan kos AS$19.52 bilion. Bangunan atu setinggi 1.6 kilometer yang akan mengandungi hotel, apartmen mewah dan sebuah pusat beli-belah apabila ia siap dibina. Ia dua kali ganda lebih tinggi dari bangunan Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang masani menjadi bangunan paling tinggi di dunia. Masa untuk tiba di menara bangunan atu ialah 12 minit dengan menggunakan lif dan mempunyai 275 tingkat. Projek pembinaan atu dibiayai syarikat Kingdom Holdings Company (KHC) milik keluarga diraja Arab Saudi yang dipengerusikan Putera Alwaleed Bin Talal. Syarikat Emaar yang membina Burj Khalifa difahamkan memenangi kontrak untuk mendirikan bangunan berkenaan.- Agensi

Selasa, April 12, 2011

Mengidam Makan Kusyen



BRADENTON, Amerika Syarikat - Seorang ibu kepada lima orang anak, Adele Edwards didapati mengalami sejenis gangguan pelik yang dikenali sebagai Pica kerana kadia gemar memakan kusyen sofa. Pica merupakan gangguan yang sering dialami oleh kanak-kanak dan ibu mengandung yang kekurangan nutrien tertentu. Ia boleh menyebabkan bisdurang suka memakan benda-benda seperti kapur tulis, duit syiling, bateri dan tanah. Kadia yang berasal dari Bradenton, Florida Amerika Syarikat dikatakan telah memakan kusyen selama 21 tahun. Adele dilihat cuba mendapatkan bantuan selepas masalahnya atu sudah inda dapat dikawal. "Sejak beberapa tahun lalu, saya sudah makan tujuh sofa. Saya membuka zip alas kusyen dan memakannya. Apabila sudah makan, saya sukar untuk berhenti. Kini, doktor memberitahu jika saya meneruskannya, ketagihan ini akan membunuh saya," kurapaknya. Adele mengakui tabiat peliknya atu berlaku kerana tertekan sewaktu ibu bapanya mahu bercerai ketika kadia baru berusia 10 tahun. Kini, kadia memakan kusyen sebanyak 15 kali sehari. Adele terpaksa mendapatkan rawatan terapi dan hipnosis demi menghilangkan ketagihan luar biasa itu. - Agensi

Isnin, April 11, 2011

Trump Siasat Tempat Lahir Obama



NEW YORK - Billionaire terkenal Amerika Syarikat yang menerbit program realiti televisyen The Apprentice, Donald Trump, menghantar sekumpulan penyiasat ke kampung halaman Presiden Barack Obama di Hawaii, lapor akhbar New York Daily News. Trump yang berusia 64 tahun menghantar pasukan penyiasat atu bagi mengetahui sama ada Obama benar-benar lahir di Amerika Syarikat kerana beliau inda pernah mempamerkan sijil kelahirannya. "Saya ada orang yang mengkaji mengenainya (tempat lahir Obama) dan mereka tidak percaya dengan apa yang telah mereka perolehi," kurapak Trump yang mahu menjadi calon presiden bagi menentang Obama dalam rancangan Today terbitan NBC. "Anda ada orang yang mencari maklumat - maksud saya di Hawaii?," soal hos, Meredith Vieira. "Memang betul. Mereka tidak percaya apa yang mereka dapat," jawab Trump. Ahli perniagaan atu juga menyatakan Obama terlibat dalam satu penyelewengan tempat kelahirannya. "Beliau membelanjakan sebanyak AS$2 juta untuk yuran guaman demi menyelesaikan isu ini. Jika semua ini tidak benar, kenapa beliau tidak selesaikannya sahaja?," soal Trump.

"Saya harap perkara ini tidak benar. Jika sebaliknya, ini akan menjadi penipuan paling besar dalam sejarah politik," kurapak Trump yang juga merupakan penganjur pertandingan Ratu Cantik Universe. Beberapa orang aktivis sudah lama menegaskan bahawa Obama inda layak menjadi presiden atas dakwaan beliau inda dilahirkan di AS. Ada yang menyatakan Obama lahir di Kenya manakala yang lain mendakwa Obama sebenarnya warga United Kingdom atau Indonesia. Pada tahun 2008, pentadbiran Obama mengeluarkan satu dokumen yang menyatakan presiden atu lahir di Honolulu, Hawaii. Obama yang dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2009 dan beliau sudah mengumumkan akan bertanding untuk penggal kedua pada 2012. - Agensi

Ahad, April 10, 2011

Lukisan Berayat



MADRID - Seorang pelukis amatur dari Sepanyol, Juan Osborne menunjukkan kepakarannya dengan melukis gambar pewaris kedua takhta Britain, Putera Charles dan tunangnya, Kate Middleton dengan menggunakan ratusan ribu perkataan pelbagai warna. Jika diperhatikan dari jarak dekat lukisan tersebut yang dihasilkan oleh lelaki berusia 40 tahun berasal dari Madrid atu mempamerkan perkataan seperti William, Holiday, Kenya, Wales, Prince, Middleton, Royal Family, Queen dan Catherine. Kadia yang telah menghasilkan lebih 500 lukisan mendapat idea untuk melukis gambar dengan menggunakan perkataan selepas bekerja di sebuah syarikat arkitek pada tahun 2009. - Agensi

Sabtu, April 09, 2011

Gunting Dalam Perut Wanita Selama 3 Tahun


SAO PAULO, Brazil - Sebilah gunting besar tertinggal di dalam perut seorang wanita, Veronika Cruz selama tiga tahun selepas kadia menjalani pembedahan. Gunting atu tertinggal semasa kadia menjalani pembedahan untuk memindahkan ovarinya di sebuah hospital. Selepas pembedahan atu, kadia mengadu terdapat sesuatu dalam perutnya sehingga mengakibatkan kadia pengsan namun beberapa doktor menafikan dakwaan Cruz. Namun, selepas ujian sinar X menunjukkan gunting tersebut, Majlis Perubatan Sao Paulo berjanji akan melakukan siasatan. - Agensi

Jumaat, April 08, 2011

Berkat Kejujuran

Syeikh Abdul Kadir semasa berusia 18 tahun meminta izin ibunya merantau ke Baghdad untuk menuntut ilmu agama. Ibunya inda menghalang cita-cita murni Abdul Kadir meskipun keberatan melepaskan anaknya berjalan sendirian beratus-ratus batu. Sebelum pergi ibunya berpesan supaya jangan berkata bohong dalam apa jua keadaan. Ibunya membekalkan wang 40 dirham dan dijahit di dalam pakaian Abdul Kadir. Selepas atu ibunya melepaskan Abdul Kadir pergi bersama-sama satu rombongan yang kebetulan hendak menuju ke Baghdad. Dalam perjalanan, bisdurang telah diserang oleh 60 orang penyamun. Habis harta kafilah dirampas tetapi penyamun inda mengusik Abdul Kadir pasal menyangka kadia inda mempunyai apa-apa. Salah seorang perompak bertanya Abdul Kadir apa yang kadia ada. Abdul Kadir menerangkan kadia ada wang 40 dirham di dalam pakaiannya. Penyamun atu hairan dan melaporkan kepada ketuanya. Pakaian Abdul Kadir dipotong dan didapati ada wang sebagaimana yang diberitahu. Ketua penyamun bertanya kenapa Abdul Kadir berkurapak benar walaupun diketahui wangnya akan dirampas? Abdul Kadir menerangkan yang kadia telah berjanji kepada ibunya supaya inda bercakap bohong walau apa pun yang berlaku. Apabila mendengar kadia bercakap begitu, ketua penyamun menangis dan menginsafi kesalahannya. Sedangkan Abdul Kadir yang kecil inda mengingkari kata-kata ibunya betapa kadia yang telah melanggar perintah Allah sepanjang hidupnya. Ketua penyamun bersumpah inda akan merompak lagi. Kadia bertaubat di hadapan Abdul Kadir diikuti oleh pengikut-pengikutnya.

Khamis, April 07, 2011

Lukisan Guna Ratusan Ribu Perkataan


MADRID - Seorang pelukis amatur dari Sepanyol, Juan Osborne menunjukkan kepakarannya dengan melukis gambar pewaris kedua takhta Britain, Putera Charles dan tunangnya, Kate Middleton dengan menggunakan ratusan ribu perkataan pelbagai warna. Jika diperhatikan dari jarak dekat lukisan tersebut yang dihasilkan oleh lelaki berusia 40 tahun berasal dari Madrid atu mempamerkan perkataan seperti William, holiday, Kenya, Wales, Prince, Middleton, royal, family, queen dan Catherine. Kadia yang telah menghasilkan lebih 500 lukisan mendapat idea untuk melukis gambar dengan menggunakan perkataan selepas bekerja di sebuah syarikat arkitek pada tahun 2009. - Agensi

Rabu, April 06, 2011

Telefon Bimbit Rakam Bayang Budak Dipercayai Hantu


REDHILL, Britain - Seorang budak lelaki berusia lima tahun, Sirus Walsh didapati bermain dengan hantu budak oleh keluarganya. Menurut akhbar atu, gambar hantu budak atu berjaya dirakamkan menerusi sebuah telefon bimbit berkamera. "Anak perempuan saya merakamkan gambar anak lelakinya dengan sebuah telefon bimbit baru. Apabila dia melihat gambar tersebut, terdapat dua budak lelaki dengan salah satunya ialah bayang budak," kurapak nenek Sirus, Julie Smith, 52. Menurut Smith, anak perempuannya atu kemudian memadamkan gambar tersebut. Namun, kurapaknya, selepas satu gambar lagi dirakamkan, bisdurang mendapati terdapat bayang budak dekat dengan Sirus. Julie menafikan bahawa gambar atu adalah palsu dengan menegaskan tiada anggota keluarganya yang mahir dengan teknik untuk memalsukan gambar. Gambar tersebut turut disiarkan di Facebook dan dalam tempoh sejam, terdapat 20 komen sebelum ia didapati hilang daripada laman rangkaian sosial atu. - Agensi

Selasa, April 05, 2011

Gaddafi Cari Penyelesaian Krisis Libya


BENGHAZI, Libya - Seorang utusan khas pemerintah Libya, Abdul-Ati al-Obeidi kelamarin memberitahu Perdana Menteri Greece, George Papandreou bahawa Muammar Gaddafi sedang meunjar jalan untuk menyelesaikan krisis di Libya selepas serangan udara tentera sekutu Barat dilihat cuba menumbangkan pemerintahannya sejak dua minggu lalu. Al-Obeidi yang juga Timbalan Menteri Luar Libya dijangka meneruskan kunjungan ke Turki dan Malta sebagai isyarat bahawa rejim Gaddafi bersedia untuk berlembut bagi menyelesaikan krisis dalaman Libya. "Daripada komen utusan khas Libya, jelas bahawa rejim tersebut cuba mencari penyelesaian," kurapak Menteri Luar Greece, Dimitris Droutsas dalam satu kenyataan selepas pertemuan di Athens. Droutsas menegaskan bahawa Greece menyokong desakan masyarakat antarabangsa supaya Libya mematuhi resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memberi kebenaran terhadap serangan udara, selain menuntut Gaddafi dan puak pemberontak menamatkan pertempuran. "Hormati dan laksanakan sepenuhnya resolusi PBB, segera kuatkuasakan gencatan senjata, tamatkan keganasan dan pertempuran terutama ke atas orang awam Libya," kurapak Droutsas. Kerajaan Gaddafi sebelum ani pernah mengumumkan beberapa gencatan senjata, namun inda mematuhinya. Utusan khas, Libya mennyatakan kerajaan Gaddafi cuba untuk mengadakan perbincangan bersama Amerika Syarikat, Britain dan Perancis dalam usaha menghentikan serangan udara yang bermula pada 19 Mac lalu. - Agensi

Isnin, April 04, 2011

TV Tertua Di Britain Dilelong


LONDON - Set televisyen tertua di Britain yang dipasang pada 1936, akan dilelong pada harga bidaan bermula £5,000. Set televisyen jenis Marconi 702 atu yang didatangkan dengan skrin berukuran 30.48 sentimeter, masih berfungsi dengan baik walaupun sudah beroperasi selama 75 tahun. Ia dibeli pada harga bawah £100 oleh seorang lelaki, G. B. Davis selepas tiga minggu siaran televisyen bermula di Britain. Pada masa atu, cuma terdapat satu saluran di Britain yang bersiaran selama tiga jam setiap hari. "Set ini dijual oleh keluarga pemilik asalnya (telah meninggal dunia) dan merupakan televisyen tertua di Britain yang masih berada dalam keadaan baik," kurapak pakar agensi lelongan Bonhams yang mengendalikan lelongan atu, Laurence Fisher. - Agensi