Terdapat ralat dalam alat ini

Isnin, Mac 08, 2010

Asal- Usul Buku


Sebelum kemunculan buku, manusia telah pun memiliki cara untuk menurunkan tulisan. Pada awal tamadun, manusia pada lazimnya menurunkan tulisan bisdurang di atas batu, papan, dan juga di atas daun. Sehubungan atu, medium tulisan awal ani adalah bentuk proto bagi buku. Buku dikatakan muncul dalam sejarah umat manusia, apabila orang Mesir mencipta kertas papirus pada tahun sekitar 2400 Sebelum Masehi. Adapun kertas papirus yang diturunkan tulisan ani digulungkan untuk menjadi "skrol" (scroll), dan ia diyakini adalah bentuk buku yang paling awal. Selain atu, buku juga muncul di tamadun yang lain dengan bentuk yang lain. Manakala di negeri China, sebelum terciptanya kertas, para cendekiawan di situ menurunkan tulisan bisdurang di atas lidi buluh dan mengikat lidi ani menjadi buku. Amalan menulis di atas lidi telah mempengaruhi sistem tulisan Cina sehinggakan orang Cina mengamalkan tulisan menegak sehingga pada awal moden. Buku memasuki satu era yang baru apabila industri kertas menjadi mantap. Kertas dipercayai muncul di negeri China seawal-awalnya pada 200 Sebelum Masehi, selepas atu teknologi ini dibawa oleh pedagang muslim ke Eropah sebelum abad ke-11. Dengan adanya kertas, penulisan menjadi lebih mudah kerana kertas mempunyai ciri-ciri mudah disimpan dan juga bertahan lama. (Trivia: Di Kemboja, Sami Buddha di situ membaca "buku" yang dibuat daripada daun dan amalan ani masih dikekalkan sehingga hari ini dan perkara pernah dilaporkan oleh National Geographic.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan